twinkle








ShAriNg LiNk

YaNg SeTia MeNgiKuT Srikandi_Islam

Friday, May 21, 2010

MeNdENgAr Vs MeMpeRdeNgaR




Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? ada hikmahnya Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut. ia adalah simbolik untuk kurang berkata-kata tetapi banyak mendengar.

Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar kerana lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan kelihatan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh, tiada idea dan wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat.

Kata bijak pandai: “Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.” Apakah dengan mendengar kita menjadi hina?Tidak! Dengan mendengar, menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Dan orang yang tawaduk akan ditinggikan kedudukannya oleh Allah.

Allah juga bersifat Maha Mendengar – “ as Sami’“. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya, Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Begitu juga Nabi Allah, Muhammad S.A.W..baginda sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya.

Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt.

Bagaimana dengan kita? adakah kita banyak mendengar atau memperdengarkan? dengarlah luahan pasangan, sebelum mereka memberontak. dengarlah aduan pelajar sebelum mereka bertindak di luar batasan. dengarlah..dengarlah bisikan orang di sekeliling kita dan jangan biarkan bisikan yang tidak diendahkan bertukar menjadi jeritan yang memeritkan.


~~srikandi_islam~~

No comments:

Post a Comment