twinkle








ShAriNg LiNk

YaNg SeTia MeNgiKuT Srikandi_Islam

Sunday, May 16, 2010

PeSaN iBu BaPa KpD sEoRaNg AnAk BerGeLaR iSteRi



Anakku,
Jagalah baik-baik sepuluh perkara, kelak engkau akan memiliki kebahagiaan dalam rumahtangga...
1. Hormatilah suamimu dengan menggembirakan dan memberi kepuasan kepadanya dan berhati-hatilah engkau jangan sampai engkau gembira di hadapannya ketika ia sedang berduka.
2. Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya selagi ia tidak bertentangan dengan perintah agamamu.
3. Awasilah sorotan kedua matanya, jangan biarkan suamimu melihat sesuatu yang buruk padamu.
4. Awasilah hidungnya, jangan sampai ia mencium sesuatu bau, kecuali bau yang paling wangi dan menyenangkannya.
5. Awasilah suamimu sewaktu tidurnya, jangan sampai terganggu kerana mengganggu orang yang sedang tidur itu membawa kemarahan.
6. Awasilah suamimu waktu makannya jangan sampai ia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan amarah.
7. Jagalah harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah keluar masuknya dengan sebaik-baiknya.
8. Jagalah anak-anak dan keluarganya sebaik baiknya sebagaimana engkau menjaga keluargamu sendiri.
9. Janganlah menentang perintah suamimu kerana ia dapat menyedihkan hatinya sebaliknya berbicaralah dengan baik kerana setiap sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan musyawarah.
10. Jangan engkau membuka rahsia suamimu kerana kalau engkau membuka rahsianya, engkau tidak akan selamat daripada pembalasannya.

~peringatan buat diriku dan juga semua isteri-isteri dan bakal-bakal isteri..semoga menjadi isteri solehah serta bidadari kepada suami di dunia dan akhirat..~

~serikandi~

2 comments:

  1. baik;) sy akn ikut nasihat2 ini..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Teruskan perjuangan

    Saya baru siapkan tek ucapan ketua srikandi untuk kongres di Kelantan

    ReplyDelete