twinkle








ShAriNg LiNk

YaNg SeTia MeNgiKuT Srikandi_Islam

Wednesday, September 15, 2010

PeNgaLaMaNku BeRsaLin

Celik2 mata je aku tgh trlantar di katil hospital..
sakitnya terasa di bhgian bwh tulang belakang..
dalam kedudukan nk bersalin, samar2
aku nampak suamiku memegang lutut
dan membantu doktor mnyambut
kelahiran anak sulung kami..
"baby dh nk keluar sayang" suara suamiku
berbaur gembira dan gelisah..
setelah beberapa kali aku teran, akhirnya
anakku berjaya keluar dari kegelapan
dan bersedia menjalani kehidupan..
dilahirkan songsang dengan kaki
keluar dulu sebelum kepala..
alhamdulillah keadaannya sempurna
dan kesakitanku langsung xterasa
seolah dipermudahkan olehNya..
aku dan suami menangis teresak2 menerima
cahaya mata yang telah dinanti sejak
sekian lamanya..kurangkul, peluk dan cium
anakku yg masih semerbak lagi harum
bau syurga di seluruh tubuhnya..
comel sungguh anugerah Ilahi ini
kepadaku..terima kasih Ya Allah..
"apa namanya?" tanya jiran2 bila kubawa
anakku pulang..
"Syafiqah" jawabku bersahaja..ntah
dari mana datangnya, tiba2 terpacul nama
Syafiqah menjawab persoalan jiranku..
"Ya Allah, terlupa plak nk sms kwn2
bgtau syg dh slamat bersalin"
kekesalan kusuarakan pada suami malam tu..
sebelum tidur, aku mencapai henset
dan kubawa ke katil dengan harapan
ingin memaklumkan kpd kwn2..
Lampu bilik kupadam..
"sayang, bangun sayang.."
celik2 mata je aku terbaring atas katil rumahku..
yang ada hanya aku dan suami..
Syafiqah?Mana Syafiqah?
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pengalaman melahirkan hanya dipinjamkan
kepadaku malam itu saja..
Syafiqah pun hanya dipinjamkan kepadaku
malam itu semata mata..
aku cuma bermimpi rupanya..
tanpa sedar, perlahan2 air mataku mengalir..

~~srikandi_islam~~

3 comments:

  1. sedih doh cite ni..
    sian cegu..:(
    sy doakan cegu dpt r ape yg cegu idamkn 2..

    ReplyDelete
  2. suatu haru nnti mesti dpt punye..

    ReplyDelete