twinkle








ShAriNg LiNk

YaNg SeTia MeNgiKuT Srikandi_Islam

Wednesday, October 27, 2010

BeTaPa

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!


Betapa lamanya masa melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya masa kalau kita menonton filem.


Betapa sukarnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang.


Betapa asyiknya apabila konsert dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.
Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah.


Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid.


Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.


Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.


~~serikandi~~

Saturday, October 2, 2010

tRaUmA EmBaH

hari tu sorg plajar f1, saiful akmar namanya minta sy critakan tentang TRAUMA EMBAH dlm blog ni..sy malu sndiri nk crita tp ats prmintaan anak murid, sy crita la jugak..katanya "ala cikgu...ckgu xpyh la letak gmbr ckgu yg tgh ..... tu..so ckgu x malu la.."huhu

trauma embah tu salah satu tajuk cerpen dlm subjek BM KOMSAS tinnkatan 1..sy tlh berikan tugasan kd plajar prempuan untuk mlakonkn drama brdasarkn crpen tu..masa dorg brlakon tu sy dh sebak sgt..nk telan air liur pun susah..smpai ke kemuncak crita, air mata sy laju je brcucuran..dh smpai ke ending crita, air mata sy plak xnak end..masih trus mngalir n akhirnya sy mnangis tresak2 dpan budak2 tu..

"cikgu, cikgu sedih ke?cikgu jgn la nangis" last2 sume plajar prempuan dtg mngerumuni sy n pujuk sy brhenti nangis.."cikgu..kami minta maaf kalu kami dh buat cikgu sedih..xnak la brlakon lg lepas ni.."kata sorg plajar n buatkn sy trsenyum..malu giler sy sbb nangis depan dorg..mnunjukkn klemahan n ksensitifan diri sndiri..huhu

trauma embah tu mngisahkn sorg ibu tua yg sakit n mnderita hidupnya..mungkin kalu dbaca crpen tu biasa je n xkan menangis..tapi istimewanya anak2 f1 sy tu, mrk sgtttt pndai mggarap crita..yg biasa2 pun bleh jd luar biasa..trus trang sy katakn plajar f2,f3 n f4 pun xsehebat mrk dlm pmentasan drama..

plajar2 senior agak malu di pentas n adakalanya brlakon dgn bawa buku n skadar baca skrip bulat2 dr buku..luar biasanya anak2 f1 sy tu, mrk xbawa buku pun bil naik ke pentas utk brlakon mcm dh pro sgt dlm bidang lakonan ni..sbb tu lakonan mrk sgt trkesan dhati pnonton n mudah diingati..

kbanyakan drama yg mrk lakonkn masih sy ingati smpai skrg n adakalanya sy memanggil nama mrk dgn nama watak2 yg mrk lakonkn..sy sgt brtuah krn brpeluang mndidik anak2 yg luar biasa smangatnya n mmbuatkn sy lbh brsemangat utk mndidik mrk..apa2 yg sy ajar baik komsas, tatabahasa, mahupun penulisan, mrk akan mghidupkn suasana kelas dgn respons yg aktif n gelak ktawa..

**anak2 f1 yg ckgu kasihi..sama ada ckgu ajar kamu BM atau sjarah..sama ada ckgu mngajar di kelas kamu atau tidak..cikgu tetap sygkn kamu semua sbb cikgu yg mnyambut khadiran kamu di SMA-MAIWP ni sejak kamu mnduduki ujian kelayakan masuk ke tingkatan 1, hari pndaftaran masuk smpai la ke hari orientasi kamu..**

**jgn lupa..cikgu yg tgkap gmbr2 kamu n ckgu ada semua gmbr stiap org drpd kamu..huhu..jadilah anak2 yg dpt mmbanggakn guru2 n ibu bapa..kekalknlah smangat yg ada skrg smpai ke hari trakhir kamu brsekolah di SMA-MAIWP ni..ckgu sntiasa mndoakan kcmerlangan kamu semua..cikgu sayaaaaaang kamu**



~~serikandi~~

KuKu KaKi KaKaKKu KaKu KuKiKis KiKis KuKu KaKi KaKaKKu

haaaa..??apa kejadahnya tajuk post saya kali ni?emmm..kalu nk tau, itu la antara ayat dalam permainan telefon buruk yang saya main dengan anak2 tingkatan satu baru2 ni..

murid2 perempuan semua dapat ayat yang sama di akhir permainan..murid lelaki pula berakhir dgn ayat "kukaku kukikis kuku kakakku"..huhu memang berbeza langsung daripada ayat asal.

ayat "pelajar perlu berfikiran kreatif dan kritis" pula diubah oleh murid2 lelaki menjadi "plajar perlu brfikiran kreatif, lebih kreatif dan inovatif"..emmm..mmg kreatif betul bdk2 ni..suka suki main tambah ayat sndiri..

murid2 preempuan pula ubah ayat "pelajar akan dapat menyelami hati anak2 miskin" jadi "gajah akan dapat menyelami hati anak2 miskin"..emmm..gajah pun gajah laaa..

alhamdulillah anak-anak tingkatan satu saya kali ini amat aktif dan periang. permainan yang semudah ini pun dapat menggembirakan hati dan menceriakan hari mereka. saya juga terhibur dan tergelak terbahak-bahak bersama mereka.

dalam bergelak ketawa saya tak lupa menyelitkan pengajaran yang dapat saya sampaikn kepada pelajar iaitu jangan mudah mempercayai berita2 yang dismpaikn dari mulut ke mulut sebab cerita asalnya akan brubah2 dan akhirnya menjadi berita palsu atau lebih dikenali sebagai gossip atau fitnah..nauzubillah..



~~serikandi~~