twinkle








ShAriNg LiNk

YaNg SeTia MeNgiKuT Srikandi_Islam

Thursday, April 29, 2010

CeRiTa MaTa YaNg BuTa

emm..where should i begin this story?

satu malam aku ke seven eleven membeli top up untuk suamiku. sedang beratur di kaunter, seorang pakcik masuk lalu terus memotong barisan dan menghala ke kaunter tanpa menghiraukan orang lain yang sedang beratur..dia bertanyakan sesuatu kepada cashier..

"kek gulung ada x?"

aku yang berada di belakang pakcik itu tersentak..kek gulung?di seven eleven?lantas aku sedar bahawa pakcik itu telah tersalah masuk kedai..Ya Allah betapa aku telah bersangka buruk terhadap seorang pakcik tua yang buta..dia tidak bertongkat malah matanya tidak kelihatan cacat tapi sesungguhnya dia seorang tua yang buta..

aku terfikir..betapa pakcik yang buta ini tidak suka menyusahkan orang lain dengan pergi ke kedai bersendirian..mungkin saudaranya datang dari jauh dan dia cuba menjamu mereka dngan kek gulung..cekalnya hati pakcik..

satu ketika yanng lain, di bulan puasa, Ramadhan yang mulia beberapa tahun lalu ketika aku masih blajar di UIAM, kisah ini terjadi..

sperti biasa suasana bazar ramadhan di jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sesak dengan pelbagai ragam manusia..peniaga berniaga, pembeli tawar menawar, pelancong asing memerhati (barangkali menghargai, menilai atau cuba membezakan tradisi dan budaya kita dengan mereka..

aku dan kawan2ku cuba mengelak kesesakan dengan menuju ke kedai2 pakaian berhampiran..alang2 ke situ, kami mencari pakaian raya sekali..aku sedang membelek tudung2 yang bersangkutan dan sesekali mataku memerhati sepasang suami isteri yang sedang berbisik-bisik sesama sendiri..dari kejauhan aku terdengar bisikan si isteri kepada si suami..

"agak2 tudung ni warna apa ya bang?sesuai ke dengan baju yang anak2 kita belikan tu?"

Ya Allah Ya Tuhanku betapa Kau telah menunjukkan kebesaranMu kepadaku yang kerdil ini..tanpa disedari air mata ini mengalir laju di hadapan dua manusia yang bertongkat itu tanpa penyaksian mereka sndiri..kerana mereka buta..

lalu sepanjang perjalananku tak henti2nya aku fikirkan..bagaimana mereka yang buta mampu memilih warna pakaian utk dsepadankan? tahukah mereka bagaimana warnanya hijau?merah?biru?atau mereka hanya mengenal hitam semata2?

Ya Allah tak dapat kubayangkan jika aku berada di tempat mereka..Demi Allah sesungguhnya aku bersyukkur dikurniakan nikmat penglihatan ini Ya Allah..dan demi Allah juga aku memahami bahawa mereka yang buta mata dan derita di luarnya sedang bahagia di dalam hati kerana mensyukuri takdir mereka sndiri..



hambaMu yang bersyukur
~~srikandi_islam~~

5 comments:

  1. sis, dh byk kali u ulg cter ni kpd kt i
    tpii hatii nii trus je nk sayu n mata nii trus je nk berair...yeaa..terlalu byk nikmat hdup yg gagal kite syukuri..God,forgive us plz~

    drfatimadagyno (^_^)

    ReplyDelete
  2. syukran.syukran.syukran.
    di ats perkongsian kisah realiti yg amat syahdu....
    meremang ble bace sya,nikmat yg Allah bg kat kte mmg x terhingga..........
    hmmmmmmm esya ingat x kisah zinnirah...yg dia keluarkan mate dia sbb ade jejaka yg ske pd dia krn matenya yg cantik.....org yg ade mate bleh melihat sanggup cabut mate krn takut matenya tu bleh mendatgkan maksiat...macam mane palak kite yg bleh melihat???? tepuk dada tanye iman

    ReplyDelete
  3. betul tu nadiah..brsyukur manusia yg mlihat ni krn dpt mlakukn sgala kerja dgn mudah, mnikmati alam yg indah ciptaan Allah serta mnsyukuri nkmat yg dmiliki yg tiada pd mereka yg dlahirkn tdk smpurna fizikalnya..

    brsyukur manusia yg buta pula krn trhindar dr sgala maksiat mata..dkurniakan pgllihatan mlalui hati n lain2 pancaindera..n djauhi dr sgala pmandangan kmungkaran di dunia ni..

    ReplyDelete
  4. alhamdulilllah syukur sngat pada allah.kerana masih dikurniakan lagi pancarindra yang sgt berharga.semoga pinjaman allah yang sementara ini dapat dijaga dan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan sempurna.

    usyukayan

    ReplyDelete
  5. cerita ni saya xkan lupa smpai bila2..sebab lepas je saya balik dr mlalui pngalaman tu, saya menangis dan trus mnangis smpai mak yg lapkan airmata saya..huhu..

    ReplyDelete