Monday, June 15, 2020

Doa Sepanjang Berwudhuk


Assalamualaikum wbt. In shaa Allah kali ini saya kongsikan antara doa yang saya amalkan semasa berwudhuk. Sejak kecil kita diajar membaca niat wudhuk semasa membasuh muka sahaja. 

Namun, alangkah ruginya jika kita hanya membaca satu doa semata-mata sepanjang beberapa minit kita mengambil wudhuk tersebut. Jadi, ayuh sama-sama kita amalkan bacaan doa sepanjang berwudhuk. 

Bacaan Sebelum Berwudhuk

Amalkan membaca 

"Auzubillah Minashaitan Nirajeem"

"aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Doa Semasa Berwudhuk

1) Pergelangan Tangan 
     " Ya Allah, lindungi tanganku dari mengambil sesuatu yang bukan hakku"

2) Berkumur
     " Ya Allah, lindungi mulutku dari memakan yang haram dan berkata yang sia-sia"

3) Hidung
     " Ya Allah, lindungi hidungku dari menghidu yang haram dan bau neraka-Mu"

4) Muka (Niat Wudhuk dan doa)
     " Sahaja aku berwudhuk kerana Allah Taala. Ya Allah, serikan wajahku dengan 
       cahaya keimanan dan haramkan wajahku dijilat api neraka-Mu"

5) Tangan Kanan Hingga Siku
     " Ya Allah, perbanyakkan tulisan amalan di tangan kananku. Terimalah 
      sekecil-kecil amalanku"

6) Tangan Kiri Hingga Siku
     " Ya Allah, padamkanlah tulisan keburukan di tangan kiriku. Ampunilah 
      sebesar-besar dosaku"

7) Telinga Kanan
     " Ya Allah, perbanyakkan telingaku mendengar perkataan yang baik yang memuji-Mu"

8) Telinga Kiri
     " Ya Allah, lindungi telingaku dari mendengar fitnah manusia, fitnah dajjal, bisikan 
       dan tipu daya syaitan yang direjam"

9) Kaki Kanan
    " Ya Allah, permudahkan kakiku menuju ke syurga Firdaus-Mu"

10) Kaki Kiri
     " Ya Allah, permudahkan kakiku meniti titian sirat"

Doa Selepas Berwudhuk

'Asy-Hadu 'Allâ Ilaha 'IllâLLâh Waĥdahu Lâ-Syarika-Lah Wa 'Asy-Hadu 'Anna MuĥammadâAbduhu Wa RasuLuh ALLâhummaj-Al-Ni Minat-Tawwabin Waj-Al-Ni Minal-Mutaţahhirin Waj-Al-Ni Min-Ibâdikaş-Şâlihin.

Maksudnya:
 “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan tiada sekutu baginya-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan Pesuruh-Nya.
 "Ya Allah! jadikan aku dalam kalangan orang yang bertaubat dan jadikan aku daripada orang yang menjaga kesucian dan jadikan aku daripada hamba-Mu yang soleh.”

“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).

~~serikandi~~

No comments:

Post a Comment