Monday, June 15, 2020

Formula Ke Syurga Firdaus


Assalamualaikum wbt. In shaa Allah hari ini saya kongsikan apakah antara formula untuk kita sama-sama berlari menuju tingkat syurga paling tinggi, iaitu syurga Firdaus.


Sebenarnya formula tersebut telah termaktub sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Catatannya ada di dalam rumah kita. Hanya kita sahaja yang mengabaikannya. Ya, formula itu adalah firman Allah dalam surah Al - Mukminun ayat 1 - 11.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠)ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)
Firman Allah dalam surah Al Mukminun yang bermaksud:
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia,
4. Dan orang-orang yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat)
5. Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka dalam hal Ini  
    tiada terceIa.
7. Barangsiapa yang mengingini selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui 
    batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang tetap memelihara solatnya.
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."

Dalam surah ini Allah menjelaskan 6 formula untuk menuju ke syurga Firdaus:-

1) Mendirikan Solat

     Walau dosa kita sebesar gunung sekalipun, tetaplah tunaikan solat kerana keampunan Allah jauh  
     lebih besar daripada segala yang ada di langit dan di bumi. 

    " Pikullah dosa di bahumu dan bawalah ia ke dalam sujudmu dengan penuh rasa penyesalan. 
      Bayangkan setiap dosa itu berguguran sebagaimana gugurnya airmata keinsafan."  

2) Khusyuk Dalam Solat

    Cuba sedaya upaya untuk belajar memahami setiap butir bicara yang terlafaz dalam solat kita. Walau 
    mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk faham setiap patah perkataan, itu lebih afdal 
    daripada tidak mencuba langsung.

    Hanya dengan memahami makna bacaan dan tidak memikirkan perkara lain akan menjadikan kita 
    kusyuk dalam solat. Ayuh belajar makna bacaan dari sekarang.

3) Menjauhi Perkara Yang Sia-sia

     Perkara yang sia-sia terbahagi kepada Perbuatan Dan Perkataan. Sebagaimana  yang dapat 
     kita perhatikan pada hari ini (tahun 2020) terdapat begitu banyak aplikasi yang bukan sahaja  
     melalaikan diri sendiri, bahkan tiada langsung manfaatnya kepada orang ramai apatah lagi      
     kepada agama dan bangsa.  

     Oleh itu, kita perlu bijak memilih platform yang terbaik agar setiap perkara yang kita lakukan  
     (sama ada melalui perbuatan atau perkataan) akan mendatangkan sebesar-besar manfaat kepada 
     generasi yang masih hidup selepas kita mati. 

4) Membersihkan Harta ( Mengeluarkan Zakat)

     Allah amat mencintai hamba-Nya yang berusaha sedaya upaya membersihkan diri daripada segala  
     dosa dengan melakukan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang. 

     Begitu juga dengan harta yang perlu dibersihkan agar terhindar daripada sebarang unsur syubhah 
     dan haram. Justeru kita diwajibkan untuk mengeluarkan zakat bagi membersihkan harta.

5) Memelihara Kehormatan

    Allah telah mengingatkan umat Islam agar menjauhi zina. Malangnya masyarakat kita pada hari ini 
    menjadikan zina semakin berleluasa. Zina pada hari ini dilakukan secara terang-terangan. Bahkan  
    kaum hawa sendiri yang seolah-olah sengaja menjaja maruah dan kehormatan diri tanpa rasa malu.

    Seorang muslim yang baik seharusnya menjaga kehormatannya hanya untuk pasangan yang sah dan  
    halal. Bersamalah kita menjaga kehormatan dengan mencegah zina, sumbang mahram, khalwat dan 
    LGBT.

6) Menjaga Amanah dan Menunaikan Janji

    Amanah dan janji adalah dua perkara yang seiring. Muslim sejati ialah seorang yang berpegang pada 
    amanah, dan apabila berjanji, dia tepati. 

    Malangnya apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Hal ini menjadikan sesorang itu sebagai      
    munafik. Di akhir zaman ini hanya segelintir yang masih cintakan agama. Justeru ayuh sama-
    sama kita perbaiki situasi ini.

Ila hilas tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa ala naril jahim
Fahabblitau batau wagfir zunubi
Fainnakagho firuz zanbil azim 

“Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu, Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu, Ampunkan dosa ku terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.” 

    "Apabila kamu memohon syurga kepada
 Allah, maka mohonlah al-Firdaus.” 
     [Riwayat al-Bukhari (7423)]

~~serikandi~~

No comments:

Post a Comment